Penulis : Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja
Judul Artikel : Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja
Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja
Dalam artikel kali ini,saya akan membantu anda untuk memahami diri anda sendiri untuk mengetahui pekerjaan yang sesuai untuk anda.Ianya seperti perkara yang berkaitan dengan apa yang anda inginkan,apa yang tidak disukai oleh anda,nilai anda, dan keperluan anda.Ini merupakan perkara utama yang perlu anda tahu untuk menggunakan hukum tarikan.
Sebelum anda dapat menukar impian anda menjadi realiti,anda perlu memahami diri anda sendiri. Setiap individu sentiasa berubah dan menjadi asas untuk setiap individu menilai diri mereka sendiri.
Antara yang perlu anda tahu untuk memahami diri anda ialah:
Apakah yang menarik minat anda?
Perkara yang menarik minat anda memberikan anda hint mengenai pekerjaan yang sesuai
untuk anda.Ianya seperti membaiki peralatan,menggunakan komputer,memasak,menjaga kanak-kanak atau lain-lain yang anda suka lakukan pada masa lapang.Ianya perkara yang mempunyai nilai komersial - bergantung kepada anda.
Personaliti Anda
Setiap individu adalah unik kerana gabungan emosi dan tabiat membentuk personaliti anda yang seterusnya membantu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai untuk anda.Kerjaya yang berbeza memerlukan personaliti yang berbeza.Sebagai contoh,sekiranya anda suka untuk berjumpa dengan orang yang baru dan gemar berkomunikasi,kerjaya yang sesuai untuk anda mungkin ialah bantuan khidmat pelanggan,jurujual,atau guru.
Kemahiran Anda
Kemahiran anda bukan sahaja dipelajari oleh anda pada masa lalu tetapi juga melalui orang-orang di sekeliling anda.Kemahiran anda terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
- Kategori 1:Pengurusan Diri-Ianya dipelajari oleh anda melalui keluarga atau idola anda
- Kategori 2:Kemahiran Teknikal-Ianya merupakan kemahiran yang dipelajari melalui latihan dan pengalaman anda.
- Kategori 3:Kemahiran Berdasarkan Transformasi-Kemahiran yang anda dapat melalui kerjaya anda pada masa lalu dan mengaplikasikan pada kerjaya yang lain
Kebolehan Anda
Bakat dan kebolehan semulajadi menunjukkan potensi anda dalam kerjaya yang spesifik.Individu biasanya akan memilih kerjaya yang mudah dilakukan oleh mereka.Dengan latihan dan pengetahuan, seorang individu akan memilih kerjaya yang sesuai untuk mereka.
Nilai Hasil Kerja Anda
Tujuan dan insentif peribadi yang diperlukan untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjaya adalah unik untuk setiap individu.Dengan menganalisis nilai hasil kerja anda,anda boleh mengetahui adakah kerjaya anda sesuai dengan anda.Apabila usia anda semakin meningkat,hasil kerja anda juga boleh berubah.Contohnya kerja yang sesuai dilakukan oleh orang yang berumur 20 tahun mungkin tidak sesuai dilakukan oleh orang yang berusia 50 tahun yang seterusnya mengubah nilai hasil kerja.
Gaya Hidup dan Kedudukan Kewangan
Gaya hidup anda juga memberi kesan yang besar kepada kerjaya anda.Dengan menilai kehidupan yang anda inginkan dan menentukan kedudukan kewangan yang anda perlukan untuk menyokong gaya hidup anda,anda akan memutuskan kerjaya yang sesuai untuk anda.Status kewangan adalah faktor yang kritikal apabila anda memilih pekerjaan.Dengan memiliki matlamat kewangan yang jelas,ianya akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Persekitaran Tempat Kerja
Persekitaran tempat kerja juga memberi kesan kepada anda.Ini kerana ianya melibatkan hati dan perasaan anda.Biasanya,tahap keselesaan anda untuk
bekerja memberi kesan yang besar sama ada anda akan berjaya atau tidak untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai untuk anda.
Terdapat formula untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda.Ianya dicipta oleh Dr.Joh Holland yang membuat teori berkenaan personaliti dan kerjaya yang sesuai untuk anda.Ianya mempunyai 6 tema personaliti.6 tema tersebut ialah:
- Realistik
- Artistik
- Berniaga
- Mencari Fakta
- Sosial
- Konventsional
Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai 6 tema ini pada artikel yang akan datang.
Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Memahami Diri Sendiri .
Saya akan menulis mengenai Personaliti dan Kerjaya pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.
Demikianlah Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja
Sekian Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan artikel kali ini. Kunjungi juga Jogja Aqiqah Untuk anda yang sedang mencari aqiqah jogja
Anda sedang membaca artikel Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja dan artikel ini url permalinknya adalah http://aqiqah-yogyakarta.blogspot.com/2016/06/artikel-aqiqah-jogja-tentang-hukum.html Semoga artikel ini bisa bermanfaat. Disponsori oleh Podomoro Aqiqah Jagonya Aqiqah Jogja
0 Response to "Artikel Aqiqah Jogja Tentang Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri - Aqiqah Jogja"
Posting Komentar